8/05/2010

PEKAN ISNIN PARIT

Untuk kali ni aku nak kenalkan korang dengan pekan dan pasar2 yang terdapat di sekitar negeri PERAK.

Bagi korang yang ingin berkunjung ke PERAK pada hari2 biasa atau bukan pada cuti sekolah,di sini aku cadangkan korang untuk ke pasar2 sehari yang banyak terdapat di negeri ini.

Almaklumlah,kebiasaan pada hari biasa kunjungan ke tempat2 peranginan pastinya membosankan.Oleh itu aku rasa hanya suasana membeli belah yang akan memberikan kelainan kunjungan korang....

Haaa...untuk yang pertama ni aku nak bawak korang berkunjung ke sebuah pasar yang terletak di parit.
Untuk pengetahuan korang pekan parit terletak 32km dari IPOH dan kira2 45 minit perjalanan menaiki kerata.Parit adalah merupakan sebuah pekan kecil terletak berhampiran dengan BOTA,IPOH,TRONOH,SRI ISKANDAR dan PUSING.


Di sini pasar sehari di buka pada setiap hari isnin seawal jam 8.00 pagi sehingga lewat tengah hari.Terdapat pelbagai barang keperluan harian dijual di sini dari barang dapur hingga pakaian tak cukup dengan tu ada pulak barang entik.


Tapi apa yang aku suka kat sini adalah makanannya.Antara makanan kegemaran aku yang ada di sini ialah 'roti pita ikan'.


'roti pita ikan'kalau tak try memang rugi!!!


Selain roti pita ikan ada juga dijual makanan segera yang lain seperti roti sosej,roti cindawan,roti spesial dan lain2.


sebelum ni aku memang tak suka makanan berminyak,tapi yang ni susah sikit aku nak tolak

Selain itu terdapat satu lagi makanan segera yang menjadi kegemaran aku di sini iaitu kuwitiau sup.Tapi jangan salah sangka ini bukan kuwitiau sup biasa yang korang selalu beli,kuwitiau sup yang ini istimewa sikit!.Kalau nak tau apa yang istimewa korang kena la cuba.


yang ni memang aku tak leh tolak,lagila kalau dah terhidang

Selain itu ada juga dijual bakso,mee,bihun,laksa,soto nasi impit dan satay padang.untuk lebih kepuasan aku rasa eloklah korang datang sendiri ke sini,pasti takkan kecewa!!




**Posted by Azz (Permenen Member of dikembara.blogspot.com)